Bekas juara Olimpik Joseph Schooling dan rakan perenang negara Amanda Lim kedua-duanya didapati telah mengambil dadah terkawal.
Dalam satu kenyataan pada Selasa (30 Ogos), Sport Singapore (SportSG) berkata Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menjalankan siasatan ke atas dua perenang itu bagi kemungkinan kesalahan berkaitan penggunaan ganja (kanabis).
Pada akhir siasatan itu, Lim telah diberi amaran keras oleh CNB di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, manakala Schooling telah dirujuk kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk menilai dan mengambil langkah sewajarnya, memandangkan beliau kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa.
Mindef menyatakan CNB telah menamatkan siasatannya terhadap Schooling, dan menyerahkan pengurusan kes itu kepada SAF.
Ujian air kencing bagi ubat terkawal yang dijalankan ke atas Schooling adalah negatif.
Mindef menambah, Schooling mengaku telah mengambil ganja di luar negara pada Mei 2022, apabila beliau tidak melakukan NS dalam jangka pendek untuk berlatih dan menyertai Sukan SEA.
SportSG pula berkata ia mahu mengkaji secara menyeluruh keadaan di sebalik kes ini, dan menentukan langkah sesuai untuk diambil selepas itu.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
30
0
Renang: Joseph Schooling, Amanda Lim akui gunakan dadah
Aug 30, 2022 | 09:39 PM