LIGA JUARA-JUARA EROPAH
Ribuan penyokong Liverpool rai kemenangan
Ratusan ribu peminat banjiri bandar Liverpool untuk sama-sama meraikan keunggulan kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah
Jun 04, 2019 | 05:30 AM
LIVERPOOL: 'Lautan merah' membanjiri bandar Liverpool menyambut ketibaan wira Anfield kelmarin apabila pasukan juara Liga Juara-Juara Eropah kembali ke Liverpool.
Ribuan peminat, memenuhi laluan di sepanjang bandar itu dan melambaikan bendera pasukan sejurus pengurus Jurgen Klopp dan pemainnya tiba di bandar itu dengan menaiki bas tanpa bumbung.