Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ribuan sertai cabaran TikTok menari lagu NDP

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



SATU cabaran tarian TikTok yang kali pertama dimuat naik pada 5 Julai lalu bagi mengiringi lagu tema Pembarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini telah menarik lebih 3,000 penyertaan dalam aplikasi perkongsian video itu, dengan semua peserta, daripada pelajar hingga selebriti tempatan, memuat naik versi rancak tarian itu.



Klip asal 30 saat itu menampilkan lagu The Road Ahead, yang digubah penyanyi dan penulis lagu Linying dan penerbit muzik Evan Low.



Sebulan kemudian, cabaran itu masih menarik penyertaan. Lebih 200 video penduduk Singapura dan haiwan peliharaan mereka berjoget mengikuti rentak lagu itu dimuat naik di platfrom TikTok kelmarin.



Sebahagian mereka, seperti artis generasi kedua Joel Choo, 27 tahun, yang merakam versi beliau bersama bapanya, pelakon veteran Zhu Houren, membandingkan tarian itu dengan rutin senaman yang boleh menggantikan kelas 'spin', atau berbasikal dalam bangunan.



"Saya rasa lagu itu merdu tetapi saya fikir tariannya menjadikan ia lebih baik!" katanya.



Antara peserta bersemangat lain ialah Cik Jenny Teo, 49 tahun, yang menggunakan TikTok bagi mengeratkan hubungan bersama dua cucu dan enam anaknya.



Sejak diperkenalkan kepada lagu dan tarian itu oleh anak bongsunya, usahawan itu menyertai cabaran tersebut dengan memuat naik video cucunya, Azalea, sembilan bulan, menari mengikut rentak muzik dan satu lagi bersama suaminya yang berusia 63 tahun.



"Kami mahu menjadikan ia kenangan manis buat Azalea, terutama kerana dia dilahirkan semasa pandemik dan belum didedahkan kepada banyak benda dan tempat akibat pandemik ini," kata Cik Teo.



Walaupun keluarganya sekali lagi tidak akan dapat bertemu untuk menonton perbarisan di televisyen, seperti yang kerap mereka lakukan, mereka akan meraikannya di alam maya pada 21 Ogos, ketika NDP diadakan.



Dan cabaran tarian ini juga mengeratkan hubungan mereka, kata Cik Teo.



Bahkan haiwan turut sama dalam cabaran tarian itu, termasuk kucing Parsi berusia lapan tahun bernama Nala.



Kata pemilik Nala, Cik Wennee Ho, 35 tahun: "Kali pertama saya menonton video di TikTok ialah rakaman seorang lelaki melakukannya di perhentian bas, agak lucu dan saya ingin turut serta."



"Saya tidak boleh menari jadi saya meminta teman lelaki saya melakukannya. Tetapi, dia juga tidak boleh menari, jadi saya buat kucing saya melakukannya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >