Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK

Richardson digantung selepas positif marijuana

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Sha'Carri Richardson tidak akan beraksi di Olimpik selepas diketepikan dalam skuad lari berganti-ganti 4×100 meter Amerika Syarikat (AS) dan perkara itu disahkan Persekutuan Atletik Amerika Syarikat (USATF).



Dia diketepikan untuk bertanding dalam acara 100 meter wanita di Tokyo selepas digantung dari menyertai sebarang acara selama 30 hari apabila didapati positif marijuana ketika mencatat kemenangan di Kejohanan Ujian Trek dan Balapan Olimpik Amerika Syarikat bulan lalu.



Peraturan USATF membolehkan pelari berusia 21 tahun itu dipilih sebagai salah satu daripada dua pilihan jurulatih di samping empat pemenang teratas final 100 meter wanita di kejohanan ujian tersebut.



Bagaimanapun, pintu tertutup buatnya selepas pemenang pingat emas 4×100 lari berganti-ganti di Olimpik 2016, English Gardner dan Aleia Hobbs dipilih untuk melengkapkan enam pelari bagi acara berkenaan.



Dalam kenyataan, USATF menyatakan simpati terhadap kes Sha'Carri tetapi mengatakan ia mempunyai tanggungjawab untuk 'menjaga keadilan' untuk semua atlet.



Sebelum ini, atlit yang berasal dari Texas itu muncul juara 100 meter pada Kejohanan Ujian Trek dan Balapan Olimpik Amerika Syarikat, sekali gus menempah tiket ke Tokyo dengan catatan 10.86 saat.



Richardson adalah wanita kedua terpantas dunia dalam acara 100m tahun ini, dengan catatan 10.72 saat yang dirakamkan pada April lalu.



Hanya atlet Jamaica Shelly-Ann Fraser-Pryce mencatat larian lebih pantas, 10.63 saat di Kingston awal bulan ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >