Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ridhwan bangkit tunjuk kehebatan, berkobar untuk tarungan seterusnya

Selepas alami dua kekalahan berturut-turut, 'The Chosen Wan' tewaskan petinju Indonesia dengan sebulat suara
Jun 26, 2019 | 05:30 AM



PETINJU negara, Muhamad Ridhwan Ahmad, akhirnya mampu tersenyum selepas hampir enam bulan yang menyaksikannya ditimpa kegelisahan dek masalah dengan bekas syarikat pengurusannya.



Selepas pengurusnya tiba-tiba lesap dengan sebahagian besar wang pendapatan daripada pertarungan lalu, Ridhwan, yang baru-baru ini mengongsi sejarah pahit itu di podcast #notapis Berita Harian (BH), bangkit untuk membuktikan bahawa beliau masih mampu bergerak sendiri sebagai seorang petinju profesional.





Kemenangan besar dalam menewaskan petinju kelas bantam nombor dua Indonesia, Noldi Manakane, 35 tahun, ketika pertarungan acara KBX Boxing Evolution di Joo Chiat pada Sabtu lalu bagaikan mengubati kepahitan yang terpaksa dilaluinya itu.



Dalam pertarungan enam pusingan, tiga pengadil sebulat suara memberi keputusan yang berpihak kepada Ridhwan dengan markah 60-54, 60-55, dan 59-55 - diberikan di depan penyokong sendiri.



"Ia merupakan satu pertarungan yang bagus. Lawan saya pada malam itu memberikan pertarungan yang sangat sengit.



"Sebelum perlawanan itu, saya sebenarnya menyasarkan untuk cuba menang menerusi technical knockout (TKO), dan saya tidak jangka beliau akan memberi saingan sehebat itu.



"Kemenangan merupakan satu perasaan yang menakjubkan... siapa yang mahu kalah," kata petinju berusia 32 tahun yang terpaksa bertinju dengan kecederaan yang dialami pada tulang buku jari di tangan kanannya.



"Saya terpaksa menumbuk menggunakan hanya tangan kiri saya pada dua pusingan pertama dan pada pusingan seterusnya saya 'go-je' dengan gunakan tangan kanan.



"Kesakitan masih dapat dirasakan sehingga hari ini, tetapi saya rasa ia satu keputusan (untuk menggunakan tangan yang cedera) berbaloi," tambahnya.



Ini juga merupakan kemenangan pertamanya selepas tumpas dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini.



 





Ridhwan mengalami kekalahan menerusi keputusan 'split' dalam dua pertarungan terakhirnya - satu-satunya 'kelemahan' dalam rekod profesional 11 kemenangannya.



Dua pertarungan itu ialah kejuaraan 'super bantam' Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) menentang Paulus Ambunda dari Namibia pada September lalu, dan pertarungan dengan Cris Leon dari Filipina di Manila pada Mac lalu.



Namun beliau memberitahu BH bahawa beliau tidak lagi memikirkan tentang kemenangan itu, bahkan mahu menumpukan perhatian pada pertarungan seterusnya dalam proses yang digelarnya sebagai satu "ultimate comeback" (kemunculan semula utama).



Semangatnya untuk kembali bertarung kian berkobar-kobar dan sejurus selepas pertarungan lalu itu, tanpa berlengah lagi, Ridhwan telahpun membuat persiapan sendiri.



"Jika boleh, saya ingin memasuki gelanggang lagi untuk bertarung.



"Buat masa ini saya telahpun lakukan latihan untuk meningkatkan daya kekuatan saya sekali lagi sebelum mengharungi pertarungan baru.



"Acara selanjutnya mungkin akan dianjurkan sekitar Ogos dan juga pada September nanti.



"Selain itu, terdapat juga tawaran untuk saya bertarung di New Zealand. Kami juga sedang bincangkan satu perlawanan di Malaysia.



"Tetapi semua ini masih dalam proses perbincangan dan perancangan. Mereka belum menentukan petinju yang akan ditampilkan.



"Apabila jelas nanti, saya hanya perlu pilih pertarungan yang sesuai," ujarnya lagi.




"Ia merupakan satu pertarungan yang bagus. Lawan saya pada malam itu memberikan pertarungan yang sangat sengit... Kemenangan merupakan satu perasaan yang menakjubkan... siapa yang mahu kalah."
- Muhamad Ridhwan Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >