Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TINJU

Ridhwan juara dunia sulung S'pura

May 30, 2017 | 05:30 AM



BULAN lalu muncul juara Asia, kini bergelar juara dunia.



Semua itu dicapai dalam masa sekitar 18 bulan sahaja selepas menjadi petinju profesional!



Itulah pencapaian sensasi petinju berbakat Singapura, Muhamad Ridhwan Ahmad, yang menumbangkan pencabarnya dari Tanzania, Fadhili Majiha, untuk ditabal juara dunia kelas 'super feather' Pertubuhan Tinju Universal (UBO).



Beliau mencapai kejayaan itu dalam acara 'The Roar of Singapore II - The Pride of S'pore' di Resort World Sentosa Sabtu lalu.



Kejayaannya itu - yang dicapai melalui knock-out pusingan keempat daripada pertarungan selama 12 pusingan - membolehkan Ridhwan mengukir sejarah sebagai petinju pertama Singapura memenangi tali pinggang kejuaraan dunia tinju profesional.



"Tentunya pelbagai perasaan bermain dalam fikiran saya sekarang," ujar Ridhwan kepada media setempat menyusuli kejayaan bersejarahnya itu.



"Tetapi yang penting saya gembira dapat menjadi kebanggaan peminat tinju setempat... membanggakan warga Singapura.



"Ini satu perasaan yang menakjubkan sekali... dan saya bangga dapat menghadiahkan kemenangan ini kepada (warga) Singapura," tambah petinju berusia 29 tahun itu.



Kemenangan itu turut mengekalkan rekod tidak pernah kalah Ridhwan kepada lapan pertarungan profesional sejauh ini - kerjaya yang bermula dengan pertarungan sulungnya di pertandingan yang digelar 'Pinoy Pride 35' di Filipina pada Februari tahun lalu.



Ia juga tentunya mengatasi kemanisan kejayaan menjulang tali pinggang kejuaraan Persatuan Tinju Dunia (WBA) Asia selepas menumbangkan petinju Indonesia, Waldo Sabu, seawal pusingan kedua di acara anjuran Singapore Fighting Championship (SFC) pada 8 April lalu.



Lebih penting lagi, kejayaan ini dijangka meningkatkan lagi profil Ridhwan dalam arena sukan ini baik di peringkat Asia mahupun sejagat - kedudukannya dalam ranking dunia dijangka meningkat menyusuli kemenangan ke atas Majiha, yang merupakan juara WBA Pan Afrika.



Kini menduduki tangga ke-107 dunia, Ridhwan dijangka dapat melompat dan menduduki kelompok antara 80 petinju terbaik dunia dalam kelasnya itu apabila ranking terbaru diterbitkan tidak lama lagi.



Ini sekali gus boleh dijadikan 'batu loncatan' bagi anak sulung keluarga empat beradik ini menebarkan lagi sayap kerjaya tinju profesionalnya dan diberi peluang menguji keupayaan di pentas yang lebih besar.



Langkah seterusnya belum pasti tetapi Ridhwan dijangka masuk gelanggang lagi sekitar Ogos ini bagi mempertahankan kejuaraan WBA Asia ataupun tampil bagi pertarungan merebut mahkota Antara Benua IBO.



"Saya kini akan berehat seketika... menikmati perata... dan memikirkan langkah selanjutnya dengan jurulatih dan pengurus saya," ujar Ridhwan.



"Mudah-mudahan ia satu langkah ke hadapan... (diberi peluang) beraksi dalam pertarungan-pertarungan lebih besar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >