JUARA dunia pertama tinju Singapura, Muhamad Ridhwan Ahmad, dijangka kembali ke gelanggang bagi mengetuai acara 'The Roar of Singapore IV - The Night of Champions' yang akan diadakan di Stadium Tertutup Singapura pada 20 April.
Jaguh tinju yang digelar 'The Chosen Wan' itu, yang mempunyai rekod cemerlang memenangi kesemua sembilan pertarungan profesionalnya sejauh ini, akan berentap dengan petinju berbakat Filipina, Jeson Umbal, bagi merebut kejuaraan kelas feather Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO).