Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ridhwan sedia beri cabaran sengit

Sep 25, 2018 | 08:26 PM



JAGUH tinju profesional negara, Muhamad Ridhwan Ahmad menjangkakan satu pertarungan sengit dalam sasaranya untuk meraih gelaran juara dunia Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) di Marina Bay Sands pada Sabtu ini (29 September).



Ridhwan sedar akan cabaran yang bakal dihadapi untuk merebut kejuaraan dunia kelas ‘super bantam’ IBO, apabila berhadapan dengan petinju Namibia, Paulus Ambunda, yang juga merupakan bekas juara dunia IBO dan Persatuan Tinju Dunia (WBO), lapor akhbar The Straits Times.



Kejuaraan dunia IBO dianggap sebagai antara organisasi terbesar dalam arena sukan tinju selain WBO, Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) serta Majlis Tinju Dunia (WBC).



Pertarungan utama merebut kejuaraan dunia itu – sebahagian daripada sembilan pertarungan yang dirancangkan – adalah sempena acara The Roar of Singapore: The Kings of Lions City anjuran syarikat promoter Ringstar.



Memenangi gelaran juara dunia bakal melihat Ridhwan ditempatkan seiring dengan juara kelas ‘heavyweight’ IBO Anthony Joshua dari Britain.



Antara nama yang pernah menjadi juara dunia IBO termasuk Manny Pacquaio, Floyd Mayweather Jr dan Gennady Golovkin.



Akur dengan tahap kemahiran Ambunda, Ridhwan berkata: “Sejarah telah menunjukkan bahawa juara masa lalu terpaksa memberi laluan kepada juara baru.



“Dia (Abunda) adalah juara lalu dan saya akan mengatasinya untuk menjadi juara baru.”



Ambunda bagaimanapun, menegaskan bahawa dia akan menang pertarungan itu.



“Hanya tiga hari sebelum pertarungan ini, dan itu adalah jumlah pusingan yang diperlukan Ridhwan di dalam gelanggang pada Sabtu ini,” kata petinju berusia 38 tahun itu.



“Pasukan saya dan saya bukan ke sini sebagai pelancong...kami ke sini bukan untuk bercuti. Saya telah berlatih dengan gigih untuk pertarungan ini, dan saya sudah bersedia.”



Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ringstar, Scott O’Farrell – penganjur siri acara The Roar of Singapore berkata beliau telah menjual lebih 60 peratus tiket untuk acara itu dan menjangka untuk mengisi ruang yang mampu menampung 3,000 orang.



“Ia merupakan satu peningkatan besar untuk Ridhwan, tetapi saya benar-benar fikir dia mampu memberi saingan kepada petinju kelas ‘super bantam’ terhebat dunia dan mengalahkan mereka.



“Anda lihat sahaja senarai petinju yang telah memenangi gelaran dunia (IBO), seperti Golovkin, dan anda tahu ini adalah pertarungan besar.



“Sebagai penganjur, saya mahu kededua petinju (Ridhwan dan Ambunda) berada pada tahap terbaik untuk pertarungan ini, jadi peminat dapat disajikan dengan satu pertarungan hebat,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >