LOS ANGELES: Jurulatih tinju veteran, Freddie Roach, telah bersetuju bersatu semula dengan Manny Pacquiao, bagi pertarungan petinju Filipina itu dengan Adrien Broner, Januari depan.
Satu laporan yang dikeluarkan Sports Illustrated kelmarin, Roach berkata beliau bakal bekerjasama dengan Pacquiao sekali lagi menyusuli satu perbincangan lewat malam dengan petinju itu, Selasa lalu.