Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Rombakan jadual pada musim depan?

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



PERSAINGAN bagi merebut Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini mungkin mencapai kemuncaknya esok, dengan pertembungan antara dua pasukan di tangga teratas, Lion City Sailors dengan Albirex Niigata, namun perbincangan juga sedang dijalankan untuk memperbarui liga tahun depan.



Ini termasuk memanjangkan musim dengan perlawanan diadakan selama sekurang-kurang 10 bulan.



Perubahan itu adalah sebahagian tindakan untuk menyelaraskan jadual bola sepak setempat dengan kalendar bola sepak Asia baru, yang telah disemak Februari lalu.



Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengumumkan bahawa mulai 2023, pertandingan Liga Juara-Juara dan Piala AFC kendaliannya akan bermula dan berakhir pada tarikh yang berbeza daripada yang diamalkan sebelum ini.



Ini bermakna bola sepak Asia, yang lazimnya berlangsung dari bahagian awal tahun kalendar hingga hampir penghujungnya, kini akan menyerupai bola sepak Eropah, yang biasanya bermula pada Ogos dan tamat pada Mei.



AFC berkata ia berharap langkah ini membolehkan kelab-kelab Asia meraih manfaat daripada tempoh pemindahan pemain yang disegerakan. Perubahan ini berlaku ketika SPL menuju ke arah penswastaan, yang akan berlangsung pada 2023.



Menurut laporan The Straits Times (ST), ia difahamkan bahawa mulai musim depan dan selanjutnya, SPL akan berada di bawah bidang kuasa projek Unleash the Roar!, yang dilancarkan pada 2021 dan bertujuan membawa Singapura ke Piala Dunia 2034.



Di luar padang, kelab-kelab sudah diarah menghentikan operasi mesin cepumas (jackpot) pada hujung bulan ini apabila mereka memulakan era baru SPL itu.



Di padang, mereka harus mempertimbangkan impak liga yang mungkin akan bermula pada Mei, dan berakhir pada atau sekitar Mac 2024.



Lazimnya, liga bola sepak domestik tempatan berlangsung selama sekitar tujuh atau lapan bulan. Sejak 2015 - tidak termasuk musim 2020 yang dilanda Covid-19 - liga itu telah bermula tidak lebih awal daripada 13 Februari dan berakhir selewat-lewatnya pada 21 November.



Musim yang lebih panjang bermakna beberapa kontrak pemain mungkin perlu disemak.



Walaupun kebanyakan pemain mempunyai kontrak setahun yang tamat pada hujung 2022 dan boleh menandatangan tawaran jangka panjang bagi menyesuaikan diri dengan penjadualan baru, ada juga yang memiliki perjanjian selama beberapa tahun yang berlangsung sehingga hujung 2023 atau 2024.



Difahamkan bahawa Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sedang mengusahakan templat yang boleh diikuti oleh kelab untuk menyesuaikan diri pada perubahan ini.



Waktu rehat yang panjang juga dijangkakan untuk pasukan SPL, dengan permulaan musim yang dikhabarkan pada Mei bermula kira-kira empat bulan selepas penyertaan pasukan nasional dalam Kejohanan Bola Sepak Asean, yang akan diadakan mulai 20 Disember hingga 16 Januari.



Tempoh ini akan lebih lama bagi pemain yang tidak mewakili pasukan Singa, dengan musim 2022 berakhir pada November. Namun, beberapa sumber ST berkata bahawa kejohanan mini pramusim sedang diterokai, bermungkinan melibatkan pasukan Malaysia, dengan liga profesional Seberang Tambak itu turut bersiap sedia untuk diperbarui pada 2023.



Bulan Ramadan, yang berlangsung dari lewat Mac hingga lewat April, juga menjadi faktor kepada tarikh permulaan liga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >