Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo atasi 'angka ajaib' 500 gol semasa bantu Real menang dalam Liga Juara-Juara

Oct 01, 2015 | 06:41 PM



MALMO (Sweden): Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mencipta sejarah hebat apabila mengatasi 'angka ajaib' 500 gol dan menyamai pencapaian pemain legenda, Raul, sebagai penjaring utama Real Madrid selepas menyumbatkan kededua gol kemenangan 2-0 ke atas Malmo dinihari semalam.


Pemain berusia 30 tahun itu menyumbatkan golnya yang ke-500 dan ke-501 sepanjang kerjayanya bagi membantu Real menewaskan juara Sweden dalam pertarungan Kumlan A Liga Juara-Juara ini.


Ia menjadikan jumlah golnya dalam kejohanan ini kepada 82 gol sejauh ini - lima gol lebih banyak daripada pesaing utamanya, bintang penyerang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi.


Dua golnya itu juga menyaksikan Ronaldo menyamai pencapaian Raul yang menjaringkan 323 gol bagi kelab gergasi La Liga itu, sekalipun beraksi kurang 400 perlawanan berbanding legenda Sepanyol itu.


Raul mengambil 741 perlawanan untuk mencecah angka 323 gol bagi Real tetapi pemenang Ballon d'Or bagi Anugerah Pemain Terbaik Dunia Fifa sebanyak tiga kali itu melakukannya dalam hanya 308 perlawanan bagi Real.


"Saya begitu gembira sekali dan ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan pasukan yang membantu saya mencapai jumlah itu. Untuk saya mengatasi rekod semasa menyarungi jersi kelab terbesar dunia ini adalah satu penghormatan yang besar," ujar Ronaldo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >