TURIN: Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama yang membuat jaringan berturut-turut dalam 10 permainan Liga Juara-Juara apabila beliau berjaya menjaringkan dua gol bagi Real Madrid dalam kemenangan 3-0 ke atas Juventus dalam pusingan suku akhir, kelmarin.
Ronaldo membuat jaringan pembukaan di Turin, Italy, itu hanya selepas tiga minit permainan dimulakan dan menambah gol jaringannya pada minit ke 60, menerusi satu 'tendangan basikal'.