Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo: Editor majalah penganjur Ballon d'Or bohong tentang saya

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Cristiano Ronaldo mendakwa editor majalah France Football berbohong apabila beliau memberitahu wartawan satu-satunya cita-cita bintang Portugal itu ialah bersara dengan memenangi lebih banyak anugerah Ballon d'Or daripada Lionel Messi.



Pascal Ferre, editor majalah penganjur anugerah pemain bola sepak terbaik dunia itu, berkata demikian dalam satu wawancara bersama New York Times. Lionel Messi, penyerang Paris St-Germain, memenangi Ballon d'Or kali ketujuh Isnin lalu. Ronaldo, pemenang lima kali, di tempat keenam.



"Saya selalu menang untuk diri sendiri dan untuk kelab yang saya wakili," kata Ronaldo, penyerang bagi Manchester United. "Saya menang untuk diri sendiri dan orang-orang tersayang. Ia bukan satu persaingan dengan individu lain," tambahnya.



Ferre berkata dalam wawancara itu: "Ronaldo hanya mempunyai satu cita-cita, iaitu bersara dengan lebih banyak anugerah Ballon d'Or daripada Lionel Messi - saya tahu perkara ini kerana beliau memberitahu saya."



Semasa memberi responsnya di media sosial, Ronaldo berkata: "Pascal Ferre telah berbohong, beliau menggunakan nama saya untuk mempromosikan dirinya dan penerbitannya.



"Sukar diterima apabila seorang yang bertanggungjawab memberi anugerah berprestij sedemikian boleh berbohong begitu rupa, tanpa mengendahkan atau menghormati seorang yang sentiasa menghormati bola sepak Perancis dan anugerah Ballon d'Or.



"Cita-cita utama saya ialah memenangi piala domestik dan antarabangsa bagi kelab yang saya wakili dan juga bagi pasukan negara saya," ujar Ronaldo. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >