BOLA SEPAK
Ronaldo gagal main di Seoul: Peminat Korea S tuntut pampasan
Aug 01, 2019 | 05:30 AM
PEMINAT bola sepak Korea Selatan kini meminta pampasan setelah Cristiano Ronaldo gagal membuat penampilan ketika perlawanan persahabatan pramusim di sana.
Bintang bola sepak itu telah mengikat kontrak perjanjian untuk beraksi selama 45 minit apabila perlawanan menentang pasukan All Stars Liga K diumumkan, menurut penganjur, namun beliau kekal di bangku simpanan.