Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN

Ronaldo harus tinggalkan United demi dirinya dan ten Hag

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



CATATAN mingguan di akaun media sosial Cristiano Ronaldo pramusim ini sering menunjukkan bintang bola sepak itu separuh berpakaian sambil menonjolkan ototnya, sama ada sedang membuat senaman sendiri atau mempromosikan salah satu produk jenama beliau.



Memastikan beliau kekal relevan amat penting bagi pemain bola sepak terbaik dalam generasinya ini, selain Lionel Messi, yang kini berada di penghujung kerjayanya.



Sekadar bermain untuk Manchester United, antara pasukan paling terkenal di dunia walaupun kemarau trofi sejak beberapa tahun lalu, tidak begitu memuaskan bagi pemain berusia 37 tahun itu. Ronaldo ingin bertanding di kejohanan terbesar bola sepak dan menang sebanyak trofi yang boleh.



Dan ketidakpastian beliau dengan Manchester United semakin merosakkan dan mengganggu persiapan kelab itu sedang musim baru akan bermula tidak lama lagi. Ronaldo tidak menyertai latihan pramusim bersama kelab England itu di luar negara kerana "sebab-sebab peribadi". Tetapi pengurus baru United, Erik ten Haag, menjangka Ronaldo kembali sebelum Liga Perdana England bermula dan menjadi ahli utama skuad.



Beliau hanya beraksi pada separuh masa pertama di Old Trafford kelmarin, apabila Red Devils seri 1-1 dengan Rayo Vallecano. Ronaldo juga meninggalkan United lebih awal sebelum perlawanan tamat dan tidak jelas apakah ten Hag memberi kebenaran kepadanya untuk berbuat demikian.



Ronaldo dilaporkan mahu keluar selepas hanya satu musim kembali semula di Old Trafford, sedang United tidak lagi berada dalam Liga Juara-Juara atau keadaan baik untuk bersaing dengan pasukan terbaik di England, seperti Manchester City dan Liverpool. United hanya menduduki tempat keenam musim lalu, 35 mata di belakang juara liga Man City.



Sedang seluruh skuad United mengadakan lawatan pramusim ke Thailand dan Australia untuk menyesuaikan diri dengan arahan taktikal ten Haag, Ronaldo pulang ke tanah airnya Portugal untuk bersama keluarganya dan ejennya Jorge Mendes mencari kelab baru bagi klien paling terkenalnya itu. Buat masa ini, tiada kelab berminat mendapat khidmatnya.



Jaringan gol penting dalam perlawanan bola sepak tetapi ia tidak semestinya cukup bagi pengurus moden. Tahap mobiliti tertentu dan keupayaan mengenakan tekanan ke atas pasukan lawan juga penting. Dan Ronaldo tidak menawarkan itu meskipun beliau seorang penjaring gol hebat.



Struktur sesebuah pasukan perlu berubah untuk menampung pemain seperti Ronaldo, yang kian tua dan perlu menutup kelemahannya serta menjadikannya tumpuan dalam serangan. Pendek kata, perlu ada tolak ansur jika ingin Ronaldo kekal dalam pasukan. Beliau masalah dan beliau juga huraiannya.



Mungkin, jika beliau kekal di United, ten Hag boleh menghasilkan satu sistem di mana Ronaldo cemerlang dan pemain lain melindunginya dan menjadikan pasukan itu beroperasi secara cekap. Itu lebih mudah diucap daripada dilakukan.



Oleh itu, bagi mempertahankan jenama dan legasinya, Ronaldo harus meninggalkan Manchester United dan menamatkan projek nostalgianya tanpa pengakhiran bahagia. Ini juga mungkin lebih sesuai bagi ten Hag, kerana ia akan membolehkan pengurus baru itu membina semula United dengan sesuatu yang baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >