Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Ronaldo heret Real ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Ronaldo heret Real ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah

Real Madrid tewas 3-4 kepada Schalke, tapi mara ke suku akhir dengan kiraan agregat 5-4
Mar 11, 2015 | 10:16 AM

WALAU tewas 3-4 kepada Schalke 04 dini hari Rabu, dua gol jaringan Cristiano Ronaldo membantu Real Madrid menewaskan kelab Bundesliga itu 5-4 melalui keputusan agregat, bagi mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali kelima berturut-turut.

Schalke, yang ketinggalan 0-2 selepas perlawanan pertama minggu lalu, mendahului Real dua kali dalam perlawanan yang menarik di Bernabeu, tetapi gagal menjaringkan gol kelima bagi menyamakan kedudukan agregat 5-5 - keputusan yang boleh menjamin tempatnya di suku akhir.

Sebaliknya, dua gol jaringan Ronaldo - kededuanya menerusi tandukan - dan gol tunggal Karim Benzema memadai bagi menempah tempat ke suku akhir bagi Real.

Dua gol yang dijaringkan Ronaldo itu membantunya memecah rekod gol Liga Juara-Juara. Beliau telah menyumbat 76 gol dalam 115 perlawanan setakat ini, lebih satu gol berbanding Lionel Messi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3