Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Ronaldo jaring 2 gol bantu Juventus jinakkan Barcelona

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Ronaldo jaring 2 gol bantu Juventus jinakkan Barcelona

Man U tersingkir lepas kalah pada Leipzig
Dec 10, 2020 | 05:30 AM

BARCELONA: Cristiano Ronaldo berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan Lionel Messi dan tidak melihat pemain itu sebagai musuh, selepas membantu Juventus menumpaskan Barcelona 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Ronaldo, 35 tahun, menjaringkan dua gol menerusi penalti untuk membantu pasukannya melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai pendahulu Kumpulan G, dengan Barcelona berada di tempat kedua.

Kekalahan itu sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah kelab Sepanyol itu di padang sendiri sebanyak 38 perlawanan.

Ia pertemuan pertama antara Ronaldo dan Messi selepas lebih dua tahun, sejak pemain antarabangsa Portugal itu meninggalkan Read Madrid pada 2018.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan Messi," kata Ronaldo selepas perlawanan.

"Saya tidak pernah melihat beliau sebagai musuh. Beliau selalu melakukan yang terbaik bagi pasukannya, dan begitu juga saya. Saya mudah mendekatinya dan saya pasti beliau akan mengatakan perkara sama.

"Namun, kami tahu dalam bola sepak, peminat mahukan persaingan untuk membuat sukan ini lebih menarik."

Messi, 33 tahun, dan Ronaldo, yang antara mereka telah dinobat pemain terbaik dunia sebanyak 11 kali sejak 12 tahun lalu, sering dikaitkan dengan saingan 'Clasico' Madrid dan Barcelona sejak sedekad lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu kini melihat diri mereka berada pada penghujung kerjaya dan bersama kelab yang sedang bergelut dengan masalah persembahan dalam saingan liga masing-masing.

Ronaldo menambah bahawa beliau berharap kemenangan itu akan menyuntik keyakinan dalam skuad Juventus, yang kini menduduki tangga keempat Serie A.

Barcelona juga perlukan suntikan keyakinan. Sebelum kekalahan di tangan Juventus itu, kelab kendalian pengurus baru Ronald Koeman itu mengalami kekalahan sewaktu perlawanan La Liga menentang Cardiz baru-baru ini.

Dalam perlawanan lain Liga Juara-Juara, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, akur skuad kendaliannya terpaksa bekerja lebih keras untuk mengatasi dua gol awal ketika mereka tersingkir di peringkat kumpulan akibat kekalahan 3-2 kepada RB Leipzig, yang mara ke kelompok 16 terakhir.

Leipzig mendahului 3-0 pada pertengahan separuh masa kedua hasil jaringan pemain pinjaman Manchester City Angelino, Amadou Haidara dan Justin Kluivert di Red Bull Arena.

United bangkit merapatkan jurang pada 10 minit terakhir hasil sepakan penalti Bruno Fernandes dan tandukan pemain gantian Paul Pogba, namun gagal menghentikan kemaraan Leipzig.

Kemenangan kelab Jerman itu menebus kekalahan 5-0 mereka di Old Trafford pada Oktober.

Mengulas tentang persembahan pasukannya, Solksjaer berkata: "Kami tidak bersungguh-sungguh hingga mereka menjaringkan gol kedua.

"Kami tahu mereka akan memberi tekanan ke atas kami dan menghantar bola ke dalam kotak, tetapi kami dibolosi dua gol awal dan tidak mampu bangkit."

Sementara itu, Frank Lampard memuji kemajuan yang dipamerkan Chelsea selepas penalti Jorginho menyelamatkan mereka dengan keputusan 1-1 menentang Krasnodar dalam perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara.

Skuad kendalian Lampard sudah layak ke kelompok 16 terakhir sebagai juara kumpulan selepas menewaskan Sevilla 4-0 minggu lalu.

Lampard melakukan 10 pertukaran daripada pasukan yang menang ke atas Leeds dalam saingan Liga Perdana England (EPL) hujung minggu lalu.

Chelsea, yang belum tewas dalam 14 perlawanan semua kejuaraan, berada di landasan terbaik untuk memburu gelaran EPL dan Liga Juara-Juara buat kali kedua.

"Saya suka disiplin pasukan. Saya amat gembira. Kami mahu menang tetapi ia tidak berlaku," kata Lampard.

"Semua bermain bagus. Tidak ada persembahan luar biasa tetapi apabila diminta pemain tampil profesional, mereka melakukannya." - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3