Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo keluar, dua penyerang masuk Old Trafford?

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Erik ten Hag dikatakan telah mengarahkan Manchester United mendapatkan tandatangan dua penyerang, setelah melahirkan kesediannya melepaskan Christiano Ronaldo.



Pengurus United itu - yang sebelum ini enggan melayan permintaan Ronaldo untuk meninggalkan Old Trafford - kini terbuka melepaskan pemain bintang itu demi mencapai matlamat lebih besar membina semula pasukan Red Devils.



Bagi menggantikan Ronaldo, ten Hag mahu dua penyerang - Jamie Vardy dan Pierre-Emerick Aubameyang.



Vardy, 35 tahun, yang telah menjaringkan 133 gol dalam 270 penampilan Liga Perdana, dikatakan terbuka kepada peluang menyertai United, manakala Barcelona pula mahu melepaskan Aubameyang bagi mengatasi masalah kewangan kelab itu.



Aubameyang, bagaimanapun, turut diburu Chelsea, walaupun kelab London itu enggan membayar yuran pemindahan sekitar £22 juta ($36.5 juta) bagi pemain Gabon itu. United dikatakan tidak keberatan memenuhi penilaian Barca.



United perlukan suntikan keyakinan menyu-suli permulaan liga paling buruk dalam sejarahnya. Setelah tewas 2-1 dalam perlawanan pembukaan menentang Brighton, United dimalukan 4-0 oleh Brentford.



Selain dua penyerang itu, United sedang mencuba mendapatkan beberapa pemain lain khususnya bagi memperkukuh bahagian midfield.



Ejen Ronaldo, sementara itu, telah menawarkan pemainnya kepada beberapa kelab terkemuka Eropah dan pembatalan kontrak pemain tersebut dijangka menjadikan proses pemindahannya lebih mudah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >