Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo ledak gol ke-400

Oct 21, 2018 | 05:50 PM



ROME: Walaupun Cristiano Ronaldo berjaya meledak gol, tetapi ia belum cukup untuk membantu Juventus yang sekadar seri 1-1 dengan Genoa, dalam aksi Siri A, awal pagi tadi.



Keputusan itu menyaksikan Juventus gagal meneruskan rekod cemerlang kelab itu dalam awal saingan musim ini dengan menang semua perlawanan.



Dengan lapan kemenangan direkodkan dalam saingan Siri A dan dua untuk kempen Liga Juara-Juara, Juventus pada awalnya dijangka tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata, selepas Ronaldo meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringannya pada babak pertama.



Bagaimanapun, skuad kendalian Massimiliano Allegri seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik menambah gol, sebaliknya Daniel Bessa menyamakan kedudukan buat Genoa pada babak kedua.



Biarpun dipalit dengan tuduhan merogol, namun fokus Ronaldo dilihat tidak terjejas apabila dia meledak gol kelima untuk majikan baharunya itu sejak berpindah dari Real Madrid.



Ia adalah gol ke-400 sepanjang kerjaya pemain berusia 33 tahun itu dalam lima liga utama Eropah, sekali gus menjadikannya pemain pertama berjaya mencecah angka itu.



Penyerang Barcelona, Lionel Messi kedua terbaik dengan menghasilkan 389 gol.



Ronaldo akan kembali ke Old Trafford bagi berdepan kelab lamanya, Manchester United untuk aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.



Sementara itu, Napoli merapatkan jurang kepada empat mata dengan Juventus selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut dan tiga perlawanan tanpa bolos apabila menewaskan Udinese 3-0.



Terdahulu, AS Roma menewaskan 2-0 ke atas SPAL sekali gus memusnahkan harapan lawan mereka itu untuk merekodkan kemenangan keempat berturut-turut. – AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >