Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Ronaldo, Maguire paling teruk dihentam di Twitter

Aug 04, 2022 | 05:30 AM

LONDON: Dua pemain Manchester United Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire menerima paling banyak kecaman menerusi Twitter berbanding pemain Liga Perdana England (EPL) lain, menurut satu laporan baru.

Analisis data yang dilbuat oleh Ofcom itu melibatkan 2.3 juta tweet atau pesanan yang diterbitkan di laman media sosial Twitter dan ia mendapati hampir 60,000 pos mengecam 70 peratus pemain elit.

Separuh pos yang diteliti itu diarahkan kepada 12 individu, termasuk lapan dari United.

Bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Institut Alan Turing itu juga mendapati kebanyakan penyokong bola sepak yang menggunakan media sosial berbuat demikian secara bertanggungjawab.

"Dapatan kajian ini menimbulkan sudut hitam dalam sukan yang kita semua gemari," kata Kevin Bakhurst, pengarah kumpulan Ofcom bagi kandungan penyiaran dan dalam talian.

"Kecaman di dalam talian tiada tempat dalam sukan atau dalam masyarakat lebih luas dan menangani masalah ini memerlukan usaha bersama."

Laporan itu mengenal pasti dua insiden yang menarik terbitan paling buruk.

Insiden pertama berlaku pada hari Ronaldo menyertai semula United, iaitu pada 27 Ogos 2021. Perkembangan itu menarik tiga kali ganda lebih banyak tweet, iaitu 188,769, berbanding pada hari-hari lain.

Hampir 4,000 daripada jumlah terbitan itu bersifat mengecam.

Jumlah tweet yang banyak itu boleh dikaitkan dengan bilangan pengikut Ronaldo yang tinggi di media sosial, iaitu sekitar 98.4 juta.

Pada hari tersebut, nama Ronaldo disebutkan dalam 90 peratus tweet yang disasarkan kepada pemain bola sepak EPL, dengan 97 peratus daripada tweet ini bersifat mengecam.

Insiden kedua pula melibatkan tweet yang dihantar kepada Maguire selepas beliau memohon maaf kepda penyokong menyusuli kekalahan United kepada Manchester City pada November tahun lalu.

Hampir 3,000 tweet mengecam Maguire diterbitkan pada hari itu, iaitu 10 peratus daripada bilangan tweet keseluruhan tentang perlawanan yang sama pada hari itu.

Malah, 69 daripada tweet itu menggunakan susunan bahasa yang sama dengan yang dikirimkan kepda Ronaldo. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3