Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia: Forbes

Sep 23, 2021 | 11:49 PM



PENYERANG prolifik sensasi, Cristiano Ronaldo, menjadi pemain bola sepak yang menerima bayaran paling tinggi di dunia.



Menurut majalah bisnes dan kewangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Forbes, kedudukan terbaru Ronaldo itu sekali gus mengatasi Lionel Messi di tangga teratas itu.



"Ronaldo, 36 tahun, menerima bayaran AS$125 juta ($168.5 juta) dalam pendapatan tahunannya. Beliau tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti.



"Manakala gaji bersihnya setelah kembali ke pangkuan Manchester United adalah AS$70 juta. Selebihnya, pendapatan beliau datang dari hasil komersial dengan syarikat terkemuka seperti Nike, Herbalife dan Clear. Antara lain, rangkaian produk CR7, termasuk pakaian lelaki sehingga ke hotel," lapor Forbes.



Bagi tangga kedua pula ia diduduki oleh Lionel Messi. Kedudukan itu dikukuhkan dengan keputusan beliau untuk bergabung dengan kelab bola sepak, Paris Saint-Germain F.C. (PSG).



"Pendapatannya menerusi Barcelona menjadi punca beliau untuk bergabung bersama PSG setelah La Liga campur tangan.



"Walau bagaimanapun, Messi masih memperoleh AS$75 juta menerusi PSG," katanya.



Messi pada tahun lalu menduduki tangga pertama dalam pendapatan paling tinggi di dunia. Beliau juga telah memperoleh anggaran AS$35 juta dolar sebagai duta komersial jenama Adidas dan Pepsi serta beberapa jenama lain.



Selain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, tangga ketiga serta keempat dengan pendapatan tertinggi adalah Neymar dan Kylian Mbappe iaitu masing-masing mencatat bayaran tahunan AS$95 juta dan AS$43 juta.



"Antara pemain lain yang turut menduduki tangga 10 teratas pendapatan tertinggi termasuk Mohamed Salah (AS$41 juta), Robert Lewandowski dan Andres Iniesta (AS$35 juta), Paul Pogba (AS$34 juta), Gareth Bale (AS$32 juta) dan Eden Hazard (AS$29 juta)," tambah Forbes lagi. - Astro Awani



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >