Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PORTUGAL LWN GHANA

Ronaldo perlu tumpu 100% pada perjuangan Portugal

Kapten azimat Portugal perlu ketepi 'isu' pisah dengan Man United; Ghana bukan calang-calang lawan
Nov 24, 2022 | 06:14 AM



DOHA: Dengan lembaran dalam saganya bersama kelab Manchester United sudah ditutup, kapten Portugal Cristiano Ronaldo kini dapat beralih tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting - membantu pasukan negaranya menjulang Piala Dunia.



Bahkan, persembahannya di Qatar bersama Portugal akan menjadi lebih penting berbanding edisi sebelumnya sedang Ronaldo cuba meyakinkan bakal pemilik kelab barunya nanti bahawa beliau masih belum hilang sengat.



Kelmarin, tempoh kedua Ronaldo di Old Trafford berakhir.



United mengumumkan bahawa Ronaldo akan meninggalkan kelab "dengan persetujuan bersama, berkuatkuasa serta-merta".



Pengumuman itu dibuat hanya dua hari sebelum Portugal dan Ronaldo turun beraksi dalam perlawanan pembukaan mereka di Piala Dunia 2022 dan selepas Ronaldo bercakap buruk tentang United dalam satu wawancara televisyen di England.



Ronaldo, 37 tahun, memberitahu hos selebriti, Piers Morgan, dalam TalkTV minggu lalu bahawa beliau berasa "dikhianati" oleh kelab Liga Perdana England itu dan "hilang hormat" ke atas pengurus Erik ten Hag.



Bintang Portugal itu, yang pertama menyertai United semasa usia remaja sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2009, juga mengecam pemilik kelab dari Amerika Syarikat, keluarga Glazer, dengan menyatakan mereka lebih mementingkan potensi menjana wang United berbanding keputusan di atas padang.



Pengunduran segeranya bermakna Ronaldo kini bebas untuk mencari kelab baru, tetapi tidak pasti akan ada tempat yang sesuai untuk pemain itu.



Pemain veteran itu, yang baru-baru ini menjaringkan gol kelabnya yang ke-700, telah menyuarakan hasrat untuk berpindah pada musim panas lalu selepas United gagal layak ke Liga Juara-Juara musim ini.



Tetapi, kelab gergasi Liga Perdana dan Eropah lain memilih untuk tidak menandatangani pemenang lima kali Ballon d'Or itu, menyebabkan beliau 'terperangkap' di United.



Ronaldo berkata beliau ditawarkan perjanjian dua tahun bernilai 350 juta euro ($500 juta) oleh sebuah kelab Arab Saudi dan tetap bertegas ada minat daripada kelab terkemuka Eropah.



Justeru, Ronaldo pasti mahu menunjukkan taringnya dan membuktikan beliau kekal relevan dalam permainan moden masa kini apabila Portugal menentang Ghana dalam aksi Kumpulan C.



Persoalannya - adakah Portugal bakal mengambil risiko dengan menyusun strategi yang sebahagian besarnya melibatkan kapten azimat mereka ini atau menggunakan bakat keseluruhan pasukan yang dibarisi pemain seperti Bernardo Silva, Bruno Fernandes dan Rafael Leao?



Sementara itu, Ghana juga bukan calang-calang seteru.



Skuad kendalian Otto Addo memiliki 'senjata' yang mampu mencatat kejutan.



Pemain Ajax, Mohammed Kudus, dan Thomas Partey, yang bermain untuk Arsenal, akan menjadi tunggak dalam bahagian midfield Ghana.



Pasangan adik-beradik, Andre and Jordan Ayew, bersama Inaki Williams juga berpotensi memporak-perandakan benteng Portugal.



Dengan Arab Saudi berjaya mengejutkan Argentina 2-1 kelmarin, kemenangan itu pasti mendorong lebih banyak "pasukan kerdil" untuk mengikuti jejak langkah itu.



Seorang G.O.A.T atau Greatest Of All Time - singkatan bagi Terhebat Sepanjang Masa - Lionel Messi sudah tumbang.



Mungkinkah giliran Ronaldo pula?




JADUAL



HARI INI



KUMPULAN G

Switzerland lwn Cameroon (6 ptg)



KUMPULAN H

Uruguay lwn Korea Selatan (9 mlm)



ESOK PAGI



KUMPULAN H

Portugal lwn Ghana (12 mlm)



KUMPULAN G

Brazil lwn Serbia (3 pagi)



Semua perlawanan disiarkan di Singtel TV Ch141 & StarHub Ch251




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >