Ronaldo sertai semula United?, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

BOLA SEPAK ENGLAND

Ronaldo sertai semula United?

Jun 02, 2021 | 05:30 AM

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo telah dikaitkan dengan pemindahan ke Manchester United dan terdapat kemungkinan besar bahawa beliau akan meninggalkan Juventus untuk kembali ke Old Trafford.

Masa depan Ronaldo masih tidak dapat ditentukan selepas tiga tahun di Turin dan beliau tidak ditampilkan dalam perlawanan akhir musim Serie A lalu.

Meskipun tidak beraksi dalam perlawanan tersebut, pemain berusia 36 tahun itu tetap berjaya mengakhiri musim sebagai penjaring terbanyak liga dengan 29 gol dalam 33 perlawanan.

Walaupun begitu, Ronaldo - yang kontraknya akan tamat dalam masa setahun - dilaporkan akan berpindah dari Stadium Allianz dalam masa beberapa bulan mendatang.

Ia dilaporkan bahawa kelab tersebut tidak mampu membiayai kos untuk mengekalkan Ronaldo buat setahun lagi.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Tekanan kewangan yang dihadapi oleh Juve akan dapat diatasi hampir sepenuhnya jika mereka dapat menjual pemain itu.

Juve gagal menjuarai Liga Juara-Juara sejak pemindahannya dari Real Madrid pada 2018 setelah kelab Bianconeri menetapkan sasaran untuk menjulang Piala Eropah pertama sejak 1996.

Walaupun terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Ronaldo mungkin boleh didapatkan dengan harga yang rendah, namun Juve masih ingin memastikan mereka sekurang-kurangnya mendapat tawaran yang setimpal.

Dianggarkan kos keseluruhan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Portugal itu bernilai sekitar 24 juta pound ($45 juta), termasuk gaji beliau untuk dua musim.

Namun kepulangan ke Old Trafford untuk pertama kalinya sejak 2009, setelah menghabiskan enam tahun di sana di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, menjadi antara pemindahan pemain yang mungkin akan berlaku.

Laporan dari Sepanyol turut menyatakan bahawa pemindahan ke United adalah "keutamaan" bagi Ronaldo kerana pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu mahu meneruskan kerjayanya dalam peringkat yang tinggi.

Masih belum jelas bagaimana mendapatkan khidmat Ronaldo akan mempengaruhi rancangan United untuk mendapatkan beberapa pemain baru, termasuk pemain sayap Borussia Dortmund dan England, Jadon Sancho, yang akan menelan belanja sekurang-kurangnya 77 juta pound.

Penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane dan pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane adalah pemain lain yang turut menjadi sasaran United, dengan Solskjaer berminat untuk membuat sekurang-kurangnya dua atau tiga pembelian untuk memperkuatkan lagi kesebelasan utamanya.

Namun, peluang untuk bersatu dengan Ronaldo, pemain yang mempunyai 672 gol dan mencipta 229 peluang gol dalam 894 penampilan, mungkin sukar untuk dilepaskan. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map