Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Ronaldo tentukan masa depan di United minggu ini?

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Cristiano Ronaldo sedang mengadakan perbincangan dengan Manchester United berhubung masa depannya di kelab itu, walaupun beliau telah menyuarakan hasrat untuk beredar.



Namun, beberapa media di Britain berkata laluan keluar bagi Ronaldo kini tidak semudah itu, terutama jika beliau ingin menyertai kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid.



Beliau telah dikaitkan dengan beberapa kelab besar di Eropah pada masa ini, termasuk Chelsea, Napoli dan Barcelona, tetapi desas-desus paling lantang telah muncul dari Madrid.



Namun, penyokong setia kelab itu baru-baru ini telah bersatu untuk menentang sebarang tindakan kelab itu untuk mendapatkan tandatangan Ronaldo.



Ronaldo, 37 tahun, dianggap sebagai 'musuh ketat' kerana pernah menyarung jersi Real Madrid - iaitu seteru tradisi Atletico - dari 2009 hingga 2018.



Seorang penyokong bernama Raul berkata:



"Jika beliau ke sini, saya akan membatalkan langganan saya bagi tiket semusim... kami bukan tempat permainan untuk menerima pemain seperti ini.



"Sebenarnya, semua kelab harus menolak Ronaldo."



Khabar angin Ronaldo kini tidak lagi sehati dengan United menjadi lebih ketara selepas beliau tidak menyertai lawatan pramusim United di Thailand dan Australia baru-baru ini.



Beliau, yang kini berada di Portugal bersama keluarganya, difahami dijadual mengadakan perbincangan dengan United pada awal minggu ini.



Pengurus baru, Erik ten Hag telah berkata beliau ingin menyimpan pemain bertaraf legenda dalam pasukannya itu, tetapi kegagalan United melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang ini bermakna Ronaldo tidak berpeluang menguji ketangkasannya di penghujung kerjaya di pentas elit Eropah.



Ronaldo masih diikat kontrak 12 bulan dengan United, yang membayarnya gaji sekitar £500,000 ($835,000) seminggu. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >