Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Ronaldo terlepas skuad MU ke Thai, Aust; Barca buat tawaran dapatkan Lewandowski

Jul 09, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Cristiano Ronaldo tidak akan menyertai Manchester United bagi jelajah pramusim di Thailand dan Australia selepas penyerang Portugal itu mendapat 'lampu hijau' dari pihak kelab untuk menyelesaikan masalah keluarganya.



Ronaldo tidak hadir Isnin lalu ketika pengurus baru United, Erik ten Hag, menyambut kehadiran pemain antarabangsa di padang latihan United di Carrington untuk latihan pramusim.



Penyerang itu memberitahu kelab bahawa beliau sedang menyelesaikan masalah keluarga dan tidak akan hadir bagi latihan kelmarin.



Keputusan itu bermakna Ronaldo tidak akan menyertai sebahagian daripada kumpulan pemain yang menaiki pesawat ke Bangkok hari ini. United dijadualkan berdepan Liverpool di Thailand Selasa depan sebelum terbang ke Australia.



Hujung minggu lalu, bintang Portugal berusia 37 tahun itu sudah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Old Trafford selepas tidak berpuas hati dengan prestasi buruk mereka musim lalu.



United gagal layak ke Liga Juara-Juara selepas sekadar menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana England (EPL) musim lalu.



Namun, United menegaskan Ronaldo akan menjadi sebahagian daripada skuad musim ini sekalipun di tengah-tengah spekulasi bahawa Chelsea dan Napoli dari Italy berminat mendapatkannya.



"Cristiano Ronaldo tidak akan menjadi sebahagian daripada kumpulan pemain Manchester United yang dijadualkan menyertai jelajah pramusim di Thailand dan Australia.



"Beliau diberikan cuti tambahan untuk menyelesaikan isu keluarga.



"Cristiano masih ada kontrak dengan Manchester United untuk semusim lagi dan beliau tidak akan dijual," kata jurucakap United kepada Manchester Evening News.



Ronaldo menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan musim lalu dan dinobatkan sebagai pemain terbaik kelab itu, tetapi penantian United untuk meraih trofi pertama sejak 2017 berterusan.



Dalam pada itu, pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez, telah menandatangani perjanjian kontrak lima tahun bersama kelab itu.



Pemain berusia 25 tahun itu, yang menyertai The Reds pada 2015, melanjutkan tempohnya di Anfield sehingga 2027.



Gomez telah membuat 142 penampilan untuk Liverpool tetapi bergelut dengan kecederaan lutut dan buku lali yang serius musim lalu.



"Saya masih muda dan tahun-tahun terbaik saya ada di hadapan... saya masih perlu belajar dan mempunyai banyak masa untuk melakukannya.



"Saya rasa saya mempunyai platform di sini untuk melakukannya dengan pengurus dan kakitangan kejurulatihan di sekeliling saya serta rakan sepasukan saya, untuk merealisasikan tahun-tahun terbaik itu," kata Gomez.



Barcelona pula telah membuat tawaran kepada Bayern Munich untuk penyerang prolifik Poland, Robert Lewandowski.



Presiden Barca, Joan Laporta, berkata beliau mengharapkan "respons positif" daripada juara Jerman itu.



Lewandowski, 33 tahun, telah berada di Bayern sejak 2014 tetapi berkata "kisahnya sudah berakhir" di kelab itu pada pada Mei lalu.



Lewandowski mempunyai baki setahun dalam kontraknya.



Laporta tidak ingin membincangkan butiran khusus mengenai tawaran Barca tetapi dilaporkan mereka telah menawarkan £33.8 juta ($56.95 juta) serta bonus £4.2 ($7.08 juta) untuk pemain itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >