Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Ronaldo tinggal di rumah saya'

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



IDEA untuk menghias mural berkonsepkan kelab bola sepak kegemaran beliau, Manchester United, di dinding rumahnya telah timbul sejak dua tahun lalu.



Namun, rancangan itu hanya jadi kenyataan baru-baru ini dan tanpa disangka, lukisan itu hadir tepat pada waktunya - seiring menyambut kepulangan salah seorang "anak kelahiran" terhebat Manchester United di Old Trafford.



Minggu lalu, peminat bola sepak serata dunia digegarkan oleh pengumuman berita pemindahan Cristiano Ronaldo dari Juventus ke United, kelab yang beliau tinggalkan lebih sedekad lalu.



Ronaldo, 36 tahun, menyarung semula jersi Red Devils dalam perjanjian selama dua tahun.



Bagi peminat tegar United Encik Norman Jalal, penyerang Portugal itu tidak hanya pulang ke "rumah" di Old Trafford bahkan turut "mendiami" dinding di rumahnya.



Beberapa minggu sebelum pemindahan itu, Encik Norman, 44 tahun, telah mendapatkan khidmat pelukis mural Encik Adam Wang dari Division HQ.co - bersama dua pembantunya, Ayid Razak dan Sophia - untuk mencipta desain bertemakan kelab bola sepak kegemarannya.



Mural itu menampilkan tiga pemain bintang United Eric Cantona, David Beckham dan Ronaldo.



Encik Norman, seorang penjawat awam, menceritakan bahawa mural itu pada awalnya mendapat reaksi yang bercampur baur, lebih-lebih lagi ketika timbul khabar angin mengenai Ronaldo akan berpindah ke City.



"Ada yang puji dinding mural saya cantik...Ada pula yang kata, 'kau tak menyesal lukis muka Ronaldo di dinding rumah?," kongsinya.



"Tapi, bagi saya, tiada sebab harus menyesal sebab Ronaldo adalah pemain hebat yang telah banyak menyumbang kepada United."



Mural lukisan tangan itu memakan hampir seminggu untuk disiapkan dan berharga antara $3,000 dengan $4,000.



Ia dilukis di dinding bilik "hobi" beliau, yang khususnya untuk menempatkan koleksi jersi Manchester United dan 'memorabilia' lain.



Mural itu juga menampilkan tiga pemain yang pernah menyarung jersi nombor tujuh Red Devils yang ikonik.



Mengongsi inspirasi di sebalik idea desain mural itu, Encik Norman berkata: "Tujuh adalah nombor kegemaran saya dan ia juga merupakan tarikh hari lahir saya.



"Setiap legenda ini mewakili pemain kegemaran United kami sekeluarga. Saya mula tonton perlawanan United sewaktu era Cantona. Isteri saya adalah peminat David Beckham dan anak saya minat Cristiano Ronaldo. Jadi, untuk puaskan hati semua orang di rumah, dan bersikap adil, kami sertakan tiga pemain ini dalam lukisan mural."



Dengan Ronaldo kembali beraksi di Old Trafford, Encik Norman berpendapat bahawa pengalaman dan kemahiran pemenang Ballon d'Or lima kali itu akan menjadi kunci kepada kejayaan skuad Ole Gunnar Solskjaer musim ini.



"Saya jangka United boleh menang sekurang-kurang satu atau dua trofi - mungkin Piala FA atau Liga Perdana - kerana kami punya pemain baru yang berkualiti dengan skuad yang lebih besar musim ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >