TALLINN (Estonia): Wayne Rooney membuktikan bahawa langkah mengekalkannya di padang ketika menentang Estonia adalah tepat apabila beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan bagi membolehkan England mengalahkan pasukan tuan rumah 1-0 kelmarin.
Gol tersebut, hasil tendangan percuma kapten England itu, adalah yang ke-43 bagi Rooney di peringkat antarabangsa, mengekalkan rekod tanpa kalah negara itu dalam kempen perlawanan Kelayakan Euro 2016.