Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rooney catat rekod amat bermakna sebagai penjaring terbanyak United

Jan 23, 2017 | 07:57 AM



LONDON - Wayne Rooney menjadi penjaring terbanyak Manchester United apabila beliau menjaringkan gol ke-250 beliau untuk kelab gergasi Inggeris ketika seri 1-1 di Stoke pada Sabtu, sambil menyatakan ia sangat bermakna.



Rooney menyamakan kedudukan pada minit keempat masa kecederaan untuk memecahkan rekod pemain hebat England Bobby Charlton dengan 249 gol.



Malah Pele, legenda Brazil yang diiktiraf sebagai antara pemain terbaik, mengucapkan tahniah menerusi tweet: "Tahniah @waynerooney kerana menjadi bakat dan wakil hebat bagi kelab dan negara anda."



Penyerang berusia 31 tahun itu, yang membuat penampilan ke-546 dengan United, mengatasi rekod Charlton, pemenang Piala Dunia 1966, dengan penuh bergaya apabila beliau membuat sepakan percuma melengkung menewaskan penjaga gol Stoke Lee Grant ke penjuru atas gawang di Stadium Britannia.



Gol terbarunya bertandang dua minggu selepas Rooney, yang menggantikan Charlton sebagai penjaring terbanyak England pada 2015, menyamai rekod bekas pemain tengah United itu dalam perlawanan Piala FA menentang Reading.



"Ia amat bermakna," kata Rooney, yang menyertai United dari Everton pada 2004.



"Ia adalah satu penghormatan besar dan saya sangat bangga," tambah kapten United yang dilahirkan di Liverpool itu yang mengukir nama sebagai penyerang tetapi kebelakangan bermain di tengah.



"Pemain di kelab ini bertaraf dunia. Saya bangga bermain untuk kelab ini. Menjadi penjaring gol terbanyak satu penghormatan besar," ujarnya.



Rooney berkata beliau gembira Charlton hadir mengucapkan tahniah kepada beliau secara peribadi.



"Apabila anda bermain untuk kelab ini, anda sedar betapa pentingnya beliau (Charlton)," kata Rooney.



"Saya tidak pernah terfikir dapat mengatasi rekod beliau. Saya amat menghormatinya.



"Beliau datang dan mengucapkan tahniah kepada saya di bilik salin pakaian jadi saya tahu beliau juga gembira," ujar Rooney lagi.



Charlton, walau kecewa rekod yang bertahan selama lebih empat dekad itu pecah, berkata beliau 'gembira' bahawa Rooney yang mengambil alih.



"Sudah lebih 40 tahun saya menjaringkan gol terakhir ke-249 bagi Manchester United, jadi akui sudah terbiasa dengan penghormatan sebagai penjaring terbanyak kelab... Saya berbohong jika mengatakan bahawa saya tidak kecewa kerana telah kehilangan rekod.



"Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa saya gembira dengan Wayne. Beliau layak mendapat tempat dalam buku sejarah," kata beliau.



Pengurus United, Jose Mourinho, berkata: "Beliau seorang yang benar-benar hebat buat kelab dan negara, dan memang sesuai beliau kini penjaring terbanyak bagi kedua-dua United dan England.



"Ia adalah rekod kelab terbesar di England dan antara terbesar di dunia.



"Sebelum beliau, rekod itu milik legenda bola sepak Inggeris. Kini Wayne menjadi legenda Manchester United."



Alex Ferguson, pengurus United yang membawa Rooney ke United daripada Everton, berkata: "Wayne benar-benar layak mendapat tempat dalam buku sejarah kelab yang hebat ini dan saya yakin beliau akan menjaringkan lebih banyak gol."



Pandangan itu dipersetujui Charlton yang berkata Rooney masih muda dan boleh membina jumlah gol dengan rekod berpanjangan.



"Saya bersara pada usia 35 tahun... Wayne baru 31 tahun dan masih bertenaga... saya tidak dapat melihat sesiapa boleh mengatasinya buat jangka masa panjang," kata Charlton.



Mourinho berkata adalah jelas Rooney adalah seorang lagenda dalam sejarah kelab dan bola sepak Inggeris.



"Rekod ini kini berda dalam poket beliau dan kini mahu beliau menjadi pemain biasa dan cuba untuk menjaringkan lebih banyak gol," kata beliau.



Rooney telah diberi anugerah pencapaian seumur hidup oleh Persatuan Penulis Bola Sepak dalam satu majlis yang diatur sebelum gol di Stoke itu.



Gol itu berlaku tepat pada maa menjadikan majlis itu lebih baik, kata Mourinho. - AFP, The Guardian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >