LONDON: Bekas penyerang England, Wayne Rooney, telah mencapai "persetujuan secara berprinsip" untuk menyertai kelab Bola Sepak Liga Utama (MSL) Amerika Syarikat, DC United, daripada kelabnya musim ini, Everton, menurut beberapa laporan di sini kelmarin.
Difahamkan, Rooney telah mencapai persetujuan dengan perjanjian bernilai £12.5 juta ($22 juta) yang akan menyaksikan bintang berusia 32 tahun meninggalkan kelab yang disertai sejak zaman kanak-kanaknya, Everton, selepas hanya 12 bulan menyertainya daripada Manchester United.