PEMINDAHAN PEMAIN @ LIGA PERDANA ENGLAND

Rooney harap kepulangan ke Everton semarak kerjaya

LONDON: Pemegang rekod gol England dan Manchester United, Wayne Rooney, menyatakan beliau "sungguh gembira sekali" selepas melengkapkan pemindahan ke kelab zaman remajanya, Everton, kelmarin.

Bintang penyerang berusia 31 tahun itu - yang gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad United pimpinan Jose Mourinho pada musim lalu - menandatangani kontrak dua tahun melalui pemindahan percuma ke kelab bergelar The Toffes itu, menurut satu laporan BBC.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan