BOLA SEPAK ENGLAND

Rooney, mana nak pergi?

Masa depan Wayne Rooney bersama kelab kesayangannya, Manchester United, semakin kelam sejak kebelakangan ini. Sepanjang 12 musim di Old Trafford, kedudukan Rooney dalam kesebelasan utama kelab dan negaranya 'tidak boleh disentuh' - tempatnya seolah-olah sudah terjamin. Namun, prestasinya yang terkial-kial sejak setahun lalu dan kegagalannya memberikan impak yang diharapkan dalam perlawanan menyaksikan Rooney semakin terpinggir. Pada usia 31 tahun dan dengan tinggal baki 20 bulan sebelum menamatkan kontrak penuh lumayan £300,000 ($522,000) seminggu dengan United, persoalan utama kini ialah bukan sama ada kontrak itu akan diperbaharui, sebaliknya arah tujuan kapten England itu di penghujung musim ini. Rooney mengatakan baru-baru ini bahawa beliau tidak akan ke mana-mana, tetapi dalam bola sepak tiada yang mustahil.

Amerika Syarikat?

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan