DENGAN menjaringkan gol beliau yang ke-49, Wayne Rooney mencipta sejarah menyamai rekod jaringan pemain legenda England, Sir Bobby Charlton, apabila membantu pasukan Roy Hodgson menewaskan San Marino 6-0 sekali gus melayakkan diri ke Euro 2016.
Rooney membuka jaringan di Serravalle semalam menerusi sepakan penalti pada minit ke-13, membolehkan beliau menyamai rekod antarabangsa yang sama dengan Charlton, pemenang Piala Dunia 1966 yang mempunyai 106 penampilan.