PEMANDU Mercedes, Nico Rosberg, mendahului perlumbaan dari awal hingga akhir untuk menjuarai perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) musim ini di Melbourne, Australia, semalam.
Sebaliknya, kehampaan merundung rakan sepasukannya dan bekas juara dunia, Lewis Hamilton, serta juara bertahan, Sebastien Vettel (Red Bull), yang terpaksa berundur diri pada awal perlumbaan kerana masalah enjin.