Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK LIMA SEPASUK NEYMAR JR'S FIVE

RSA Falcons muncul sebagai wakil S'pura di pusingan akhir Brazil

Jun 17, 2018 | 05:30 AM



RSA Falcons berjaya mengatasi hampir 630 pemain daripada 89 pasukan lain yang mengambil bahagian untuk menjuarai pusingan kelayakan bola sepak lima sepasuk Neymar Jr's Five yang julung-julung kalinya diadakan di sini di The Cage@Bukit Timah pada hujung minggu lalu.



Kejayaan itu turut bermakna RSA Falcon akan 'diterbangkan' sebagai satu-satunya wakil Singapura ke pusingan Final Dunia Neymar Jr's Five yang akan diadakan di Instituto Projeto Neymar Jr yang terletak di Sao Paulo, Brazil, pada 18-21 Julai ini.



Kejohanan Neymar Jr's Five ini adalah pertandingan bola sepak lima sepasuk terbesar di dunia yang diilhamkan superstar Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, dengan sokongan syarikat Red Bull.



Pusingan kelayakan yang diadakan hujung minggu lalu adalah kali pertama dianjurkan di Singapura.



Kesemuanya 90 pasukan mengambil bahagian dengan RSA Falcons yang diwakili Mohd Farhan Mohd Farook, Shah Hirul Md Yusof, Muhammad Syaiful Haziq Baharuddin, Muhammad Farhan Shahrizal, Almughni Suciardi Sharial dan Hafiq Azizi Fedzlan muncul juara selepas menewaskan That Team 1-0.



"Kami gembira sekali di atas kejayaan ini yang dicapai sebagai sebuah pasukan," ujar kapten RSA Falcons, Mohd Farhan.



"Ia satu kejohanan yang mencabar sekali... pasukan-pasukan lain juga bermotivasi mahu menang... setiap perlawanan begitu sukar sekali."



Kejohanan yang memasuki tahun ketiga ini telah berkembang dengan pesat daripada menarik penyertaan 65,000 pemain dari 47 negara kepada sekitar 110,000 pemain dari 62 negara.



Tahun lalu, lebih 100,000 pemain dari 53 negara menyertai kejohanan ini dengan pasukan dari Romania muncul sebagai juara.



Peraturan versi lima sepasuk ini adalah mudah - ia tidak mempunyai penjaga gawang dan setiap kali sebuah pasukan menjaringkan gol, pasukan lawan akan kehilangan seorang pemain. Perlawanan berlangsung selama 10 minit atau sehingga sebuah pasukan itu 'kehilangan' semua pemainnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >