PERLAWANAN PERSIAPAN BAGI EURO 2016
Rudiger tidak dapat bermain kerana otot lutut kanan koyak
Jun 09, 2016 | 05:30 AM
PARIS: Pemain bek tengah Jerman, Antonio Rudiger, tidak akan beraksi dalam Euro 2016 selepas mengalami otot koyak pada lutut kanannya, kata Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) kelmarin.
Pemain AS Roma itu dijangka turun dalam perlawanan pembukaan Jerman menentang Ukraine dalam Kumpulan C Ahad ini.