Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singapura dilantik tuan rumah Kejohanan Floorball Sedunia Wanita 2023

Feb 23, 2021 | 07:19 PM



SINGAPURA bakal menyaksikan bakat-bakat terbaik sukan floorball wanita beraksi di gelanggangnya apabila ia menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Floorball Sedunia Wanita Persekutuan Floorball Antarabangsa (IFF) 2023.



Dalam kenyataannya pada Selasa (23 Februari), Persatuan Floorball Singapura (SFA) mengumumkan bahawa Singapura telah memenangi bida untuk menganjurkan edisi ke-14 kejohanan itu.



Singapura pernah sekali menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Floorball Sedunia Wanita pada 2005.



Sementara itu, Kejohanan Floorball Sedunia Lelaki IFF 2024 akan dianjurkan Persekutuan Floorball Sweden.



SFA turut membida untuk menjadi tuan rumah bagi edisi ke-15 kejohanan sedunia lelaki itu namun gagal dilantik.



Presiden SFA, Kenneth Ho berkata:



“Kami kecewa dengan keputusan itu tetapi berterima kasih atas peluang untuk sama bersaing dengan persatuan floorball terbaik di dunia. Meskipun itu, ini adalah detik penting untuk floorball di Singapura.



“Lembaga Pelancongan Singapura dan Sport Singapore telah mengemukakan projek menarik untuk Kejohanan Floorball Sedunia Wanita 2023. Kami berharap melalui penganjuran WFC2023, kami dapat meningkatkan kesedaran dan kepopularan sukan ini di Asia, mempercepatkan pembangunan di rantau ini.”



Pelantikan SFA sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Floorball Sedunia Wanita 2023 mencerminkan pencapaian sukan floorball sejak beberapa tahun ini.



Pasukan floorball wanita Singapura, yang berada di kedudukan ke-14 dunia, meraih pingat emas di Sukan SEA 2019 di Filipina, manakala pasukan nasional lelaki berada di nombor 16 dunia dan pulang dengan pingat perak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >