BOLA SEPAK SETEMPAT
Sablon: Usah pilih antara pendidikan dan bola sepak
Bimbingan berkesan di peringkat akar umbi penting bagi naik taraf bola sepak setempat
Jun 05, 2016 | 05:30 AM
KANAK-KANAK di Singapura seharusnya tidak perlu memilih antara bola sepak dengan pelajaran.
Sebaliknya, mereka boleh mencapai kecemerlangan dalam kededua aspek ini dengan sokongan yang terancang, kata pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Michel Sablon.