LIGA PERDANA ENGLAND
Sadio Mane menyerlah bantu Liverpool atasi Fulham
Mar 19, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Pemain handalan Liverpool, Sadio Mane, menjaringkan satu gol dan memainkan peranan penting dalam satu lagi gol buat pasukannya dalam kemenangan 1-2 ke atas Fulham di Craven Cottage, kelmarin.
Pasukan pimpinan Juergen Klopp itu hampir dihampakan selepas gol pembukaan Mane (minit ke-26) dibalas dengan gol pasukan lawan bagi menyamakan kedudukan oleh Ryan Babel (minit ke-74).