Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMAIN DALAM TUMPUAN

Safuwan kembali aksi bersama kelab Negeri Sembilan

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS berehat panjang daripada bola sepak akibat konkusi, pemain pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin, kembali beraksi bersama kelab Negeri Sembilan dalam Liga Super Malaysia (MSL) musim ini.



Tetapi masa depan pemain berusia 31 tahun itu bersama pasukan nasional Singapura masih menjadi tanda tanya.



Safuwan, yang mempunyai 108 caps, tidak disenaraikan dalam skuad terbaru jurulatih Singapura, yang diumumkan Takayuki Nishigaya, pada Khamis sebelum perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Macau masing-masing pada 23 Mac dan 26 Mac.



Walaupun Safuwan dan Negeri mendakwa beliau sihat untuk bermain, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berpendapat sebaliknya.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST), jurucakap FAS menyatakan Safuwan tidak lulus ujian perubatan dan berkata:



"Untuk dipertimbangkan bagi pemilihan pasukan nasional, semua pemain nasional kami harus sihat secara keseluruhan atau telah disahkan oleh pasukan perubatan kami sekiranya mereka pulih daripada kecederaan jangka panjang."



Beliau menambah bahawa Safuwan kekal sebagai anggota utama Lions dan akan dipertimbangkan untuk pemilihan, sebaik sahaja beliau "menyelesaikan ujian secara memuaskan seperti yang diperlukan oleh pasukan perubatan kami".



Pada Julai 2022, setelah menerima nasihat beberapa pakar bedah saraf, Safuwan berehat panjang daripada bola sepak profesional untuk pulih daripada beberapa siri konkusi yang dialaminya pada 2021 dan 2022 ketika bermain untuk pasukan MSL Selangor.



Beliau terlepas lapan perlawanan terakhir Lions, termasuk Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022.



Dengan memakai topi keledar pelindung, Safuwan telah bermain lima perlawanan penuh untuk pasukan barunya musim ini.



Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan, Encik Satwant Singh, memberitahu ST bahawa kelabnya telah "melakukan usaha sewajarnya" sebelum menandatangani Safuwan.



Beliau menambah: "Saya tidak boleh mengulas mengenai keputusan FAS tetapi setahu kami, kami telah melakukan semua pemeriksaan perubatan yang diperlukan.



"Beliau juga mengambil langkah keselamatan seperti memakai topi keledar."



Safuwan mengalami kecederaan kepala semasa perlawanan MSL menentang Petaling Jaya City pada Mei 2021, selepas berlanggar dengan seorang pemain daripada pasukan lawan hingga menyebabkan konkusi.



Pada Jun 2022, beliau menerima satu lagi hentakan di kepalanya semasa perlawanan menentang Sabah, dan kemudiannya didiagnosis dengan "kecederaan otak traumatik ringan".



Safuwan, yang terkenal dengan kehebatan duel udaranya, juga pernah mengalami kecederaan kepala yang sama semasa bermain untuk pasukan Liga Australia, Melbourne City, pada 2015 dan semasa perlawanan persahabatan Lions menentang Kemboja pada 2016.



Beliau berkata: "Sukar untuk saya meyakinkan kelab kerana mereka tahu tentang kecederaan kepala saya. Jadi saya amat berterima kasih kepada Negeri. Saya tahu ada risiko tetapi saya berasa selesa dengan badan saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >