Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Safuwan sasar atasi rekod Bennett wakili Singa 142 kali

Tonggak pertahanan berazam bantu skuad nasional melangkah jauh edisi Piala AFF kali ini
Dec 15, 2021 | 05:30 AM



BINTANG pertahanan negara, Safuwan Baharudin, menyertai senarai pemain elit yang telah menyarung jersi nasional sebanyak 100 kali dalam perlawanan dengan Timor-Leste malam tadi dan kini menaruh harapan memecahkan rekod Daniel Bennett dan menjadi pemain bola sepak setempat yang paling banyak mewakili negara.



Bennett, kini berusia 43 tahun dan pada musim lalu masih beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL), mewakili Singapura sebanyak 142 kali dalam tempoh 15 tahun.



Safuwan, 30 tahun, menyarung jersi nasional buat kali pertama sekitar 11 tahun lalu, dalam Piala Raja-Raja semasa Singapura menentang Thailand.



Bercakap kepada The Straits Times baru-baru ini, Safuwan berkata beliau menaruh harapan dapat mewakili Singa 150 kali sebelum bersara.



"Apabila kita melihat Cristiano Ronaldo (184 kali mewakili Portugal) dan Sergio Ramos (180 kali mewakili Sepanyol), kita mungkin berfikir angka itu olok-olok sahaja.



"Tapi kini... apabila saya fikir kembali, jika mereka boleh melakukannya, mungkin dalam tempoh empat lima tahun, saya juga boleh berbuat demikian," ujar Safuwan.



Jurulatih skuad nasional Tatsuma Yoshida berkata Safuwan seorang pemain yang berbakat, berpengalaman dan mempunyai keupayaan untuk memimpin pasukan.



"Setiap pemain mahu mewakili negaranya sehingga 100 kali, tetapi ia adalah satu mercu tanda yang sukar untuk dicapai. Ia adalah pencapaian yang besar dan menunjukkan permainannya yang konsisten dan saya tidak terkejut beliau mewakili negara sebanyak 100 kali, malah lebih dari itu," ujar Yoshida.



Perjalanan Safuwan ke pasukan negara berliku-liku dan bermula secara 'rasmi' selepas beliau diterima menuntut di Sekolah Sukan Singapura selepas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2003.



Dari situ, menyertai Akademi Bola Sepak Nasional (NFA) dan mendewasa sebagai pemain yang dikenali sebagai yang bukan sahaja berbakat, malah rajin dan serba-boleh.



Malah, keupayaannya untuk merebut bola di udara dan menanduk bola menarik perhatian ramai jurulatih setempat.



Semasa mewakili pasukan NFA bawah 17 tahun, jurulatihnya ketika itu, Allahyarham Salim Moin, mengubah posisinya kepada pemain bek tengah, suatu yang amat dihargai oleh Safuwan.



"Dalam bola sepak, anda tidak boleh hanya bergantung pada satu posisi semata-mata. Ia adalah satu perubahan yang baik dan saya berterima kasih kerana selain bertahan, saya masih mempunyai naluri penyerang untuk menjaringkan gol," ujar Safuwan.



Walaupun bermain di benteng pertahanan Singa, Safuwan telah menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol setahun sejak 2009, termasuk hatrik semasa Singapura menewaskan Timor Leste 6-1 di Piala AFF Suzuki 2018.



Tahun ini, Safuwan berkata, lebih penting daripada memecah rekod peribadi, beliau ingin membantu Singapura - juara empat kali - memenangi trofi itu lagi sebelum memulakan usaha melayakkan diri bagi Piala Asia.




 "Apabila kita melihat Cristiano Ronaldo (184 kali mewakili Portugal) dan Sergio Ramos (180 kali mewakili Sepanyol), kita mungkin berfikir angka itu olok-olok sahaja. Tapi kini... apabila saya fikir kembali, jika mereka boleh melakukannya, mungkin dalam tempoh empat lima tahun, saya juga boleh berbuat demikian."
- Tonggak pertahanan Singa, Safuwan Baharudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >