Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sailors perlu terus menang, Geylang ingin balas dendam

May 07, 2021 | 05:30 AM



LION City Sailors bertemu Geylang International lusa ini dengan pengetahuan ia tidak mampu mencicir mata jika ingin terus bersaing dengan Albirex Niigata di puncak liga.



Albirex, yang kini mendahului Liga Perdana Singapura dengan kelebihan tiga mata ke atas Sailors boleh memperluas jurang tersebut jika ia menewaskan Tampines esok.



Namun pemainnya perlu mengalihkan tumpuan daripada hal di luar padang kepada permainan ini.



Sejurus selepas ia menewaskan Hougang United 1-0 dalam perlawanan terakhir pada bulan lalu, kelab itu dikejutkan dengan berita jurulatihnya Aurelio Vidmar akan beredar untuk pergi ke Thailand dan mengambil alih kepimpinan di BG Pathum.



Tempatnya di Sailors kini diambil alih oleh bekas pemain nasional Robin Chitrakar, yang sebelum ini memimpin pasukan bawah 21 tahun Sailors.



Pada masa yang sama, Sailors juga mengumumkan rancangan besar-besaran untuk mendirikan pusat latihan bersepadu di Jalan Mattar yang dijadual siap pada tahun depan.



Apabila siap nanti, prasarana serba lengkap dan yang pertama didirikan di Singapura oleh kelab privet ini dijangka bukan sahaja memenuhi keperluan kelab, malah memberi sumbangan kepada masyarakat yang tinggal di sekitarnya.



Chitrakar mungkin berharap pasukan Sailors yang melangkah ke padang malam Ahad nanti adalah pasukan yang disengat semangat baru yang mengiringi berita positif dan bukan yang masih merindui bekas jurulatihnya.



Adalah nyata, Sailors adalah pasukan yang sedang menikmati 'form' hebat pada masa ini, selepas mengharungi lima perlawanan berturut-turut tanpa kalah.



Namun ia bertemu dengan Geylang dengan beberapa pemain masih bergelut mengatasi masalah kecederaan.



Ho Wai Loon, Justin Hui, Adam Swandi dan pemain terbaik liga musim lalu Gabriel Quak semuanya masih mengalami kecederaan dan belum pasti dapat diturunkan.



Pada masa yang sama, Geylang pada masa ini bak 'haiwan cedera' yang hanya menanti masa yang sesuai untuk bangkit dan menyerang.



Pasukan yang dipimpin Mohd Noor Ali itu telah mengharungi empat kekalahan berturut-turut, termasuk dibelasah 0-8 oleh Sailors pada bulan lalu.



Meskipun perlawanan ini adalah mewakili peluang bagi Geylang untuk bangkit dan membalas dendam, ia juga sedang bergelut dengan masalah kecederaan.



Namun dalam perlawanan terakhir dengan Young Lions - yang dimenanginya 4-1, Geylang menunjukkan ia boleh menghibur dan memainkan bola sepak yang menawan apabila semua pemain mencapai potensi masing-masing.



Dalam bentuk Matheus Moresche, Geylang mempunyai penyerang yang tajam di depan gol dan mampu mempengaruhi penonton dan perlawanan.




JADUAL PERLAWANAN



Sabtu, 8.30 malam



  • Tampines Rovers lwn Abirex Niigata (S)

  • Tanjong Pagar lwn Young Lions

Ahad, 8.30 malam



  • Lion City Sailors lwn Geylang International

  • Hougang United lwn Balestier Khalsa

*Siaran langsung semua perlawanan boleh disaksikan di saluran sukan di SingTel TV, StarHub TV dan di Facebook dan YouTube rasmi Liga Perdana Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >