Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA: LION CITY SAILORS LWN TAMPINES ROVERS

Sailors, Tampines dikenakan tuduhan salah laku

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



KEDEDUA Lion City Sailors dan Tampines Rovers telah dikenakan tuduhan salah laku oleh Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) menyusuli insiden yang berlaku dalam babak-babak akhir dan selepas wisel penamat dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) kelmarin.



FAS, dalam satu kenyataan semalam berkata, tuduhan tersebut diambil setelah mengambil kira rakaman video dan laporan perlawanan.



Pihak-pihak yang dikenakan tuduhan, dan tuduhannya ialah seperti berikut:



► Kim Do Hoon, Ketua Jurulatih Lion, City Sailors FC Head Coach: Kelakuan Ganas;



► Mustafic Fahrudin, Penolong Jurulatih, Tampines Rover FC: Kelakuan Ganas;



► Lion City Sailors FC: Kelakuan Pasukan;



► Tampines Rovers FC: Kelakuan Pasukan;



► Lion City Sailors FC: Kelakuan Penyokong;



Dalam kenyataanya itu, FAS berkata tuduhan-tuduhan tersebut telah dimaklumkan kepada kededua kelab dan individu-individu berkenaan, dan mereka mempunyai sehingga Rabu, 27 Julai ini, jam 6 petang untuk memberi respons bertulis, jika ada, berkenaan tuduhan-tuduhan tersebut kepada Jawatankuasa Disiplin (DC) FAS.



"Satu mesyuarat DC dijadual pada Khamis, 28 Julai 2022, bagi semua kes didengar," kata FAS, sambil menambah ia tidak akan mengulas lanjut sehingga jawatankuasa itu selesai menjalankan prosesnya.



Awal sebelum itu, sumber-sumber yang rapat dengan Tampines Rovers berkata kelab tersebut telah membuat laporan polis.



Ini setelah, jurulatih Sailors, Kim Do-hoon, dilihat menghentakkan kepalanya ke muka penolong jurulatih Tampines, Mustafic Fahrudin, sedang para pemain kededua pasukan bertengkar mengenai insiden di padang dalam minit-minit terakhir perlawanan di Stadium Jalan Besar itu kelmarin.



Mustafic kemudian dilihat memegang mukanya, dan Kim dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Ahmad A'qashah, sebelum perlawanan diteruskan.



Sedang keadaan mula tenang selepas perlawanan dengan kededua Kim dan Fahrudin dilihat berjabat tangan, situasi kembali tegang apabila pemain dan pegawai dari kededua pasukan meneruskan pertengkaran mereka, dengan kejadian tolak menolak berlaku di tepi padang.



Mustafic, 41 tahun, seorang bekas pemain nasional Singapura, kemudian dilihat bersemuka dengan Kim sekali lagi, dan beberapa saksi berkata mereka melihat pegawai Tampines itu mencekik leher jurulatih LCS.



Insiden tersebut telah mencemarkan perlawanan yang menarik dan bermutu tinggi yang dimenangi Sailors hasil jaringan pada minit-minit terakhir oleh pemain pertahanan Pedro Henrique.



Song Ui-young telah membuka tirai jaringan bagi pendahulu liga, Sailors, sebelum Taufik Suparno menyamakan kedudukan untuk Tampines pada minit ke-77.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >