SEMENTARA kapten Mission Mannas, Nurul Baizura Abdul Razak, mendamba kejuaraan pertama bagi pasukannya, kapten Blaze Dolphins, Micky Lin, pula berharap rakan sepasukannya dapat mengekalkan momentum kemenangan ke atas lawannya dalam final Liga Bola Jaring Super Cheers hari ini.
Dalam tiga perlawanan antara dua pasukan terbaik dalam liga itu, Blaze telah seri sekali dan menang dua kali, termasuk di peringkat separuh akhir minggu lalu, apabila ia menewaskan Mannas 48-43.