Saiyidah Aisyah antara 21 atlit S'pura disahkan ke Olimpik Rio
Jun 01, 2016 | 05:30 AM
SERAMAI 21 atlit disahkan dipilih dalam Team Singapore yang bakal mengibarkan bendera negara di temasya Sukan Olimpik Rio pada Ogos nanti.
Nama-nama atlit itu termasuk jaguh renang Joseph Schooling dan srikandi pendayung Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee, mendapat pengesahan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) yang bersidang semalam.