SIAPA bakal menjadi juara dalam Liga Juara Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa)?
Ayuh saksikan siaran langsung pertarungan sengit antara dua gergasi Madrid itu di Central Fountain Square, Clarke Quay, pada 28 Mei ini.
Siaran langsung antara Real Madrid dengan Atlético Madrid itu, yang diadakan di Stadium San Siro, Milan, dibawakan oleh saluran sukan Eurosport.
Sebelum siaran bermula, satu pertandingan 'Foosball' akan diadakan melibatkan tiga bakat bola sepak setempat - Izwan Mahbud, Gabriel Quak dan Lionel Lewis, kata Eurosport.
Peserta berpeluang memenangi beberapa hadiah termasuk cenderahati Eurosport dan Liga Juara.
Untuk menyertainya, anda boleh mendaftar di laman www.eurosportchampionsleague.com.sg.
Kegiatan bermula 10.30 malam, manakala siaran langsung bermula 2.45 pagi.
Masuk adalah percuma.