Salazar tolak dakwaan beri dadah kepada atlit

JURULATIH Amerika bagi pemenang Olimpik Mo Farah menolak dakwaan beliau mungkin telah melanggar undang-undang salah guna dadah bagi mempertingkat prestasi beberapa atlitnya.

Alberto Salazar disiasat sejak program BBC Panorama pada 2015 membuat dakwaan tentang penggunaan dadah di pusat latihan Amerika dan pembocoran laporan daripada Agensi Anti-Dadah Amerika Syarikat (Usada) yang diperolehi Sunday Times hujung minggu lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto