Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020: PREVIU PUSINGAN KALAH MATI

Sama kuat, pertemuan Sepanyol-Croatia dijangka sengit

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kededua pasukan ini tidak mempunyai permulaan yang baik dalam pertandingan Euro 2020.



Namun, dalam pertandingan seperti Euro ini, tidak begitu penting bagaimana sesebuah pasukan itu memulakan kempen mereka.



Lebih penting ialah bagaimana mereka mengakhiri pertandingan tersebut.



Setelah berjaya ke pusingan kalah mati - Sepanyol dan Croatia - yang bertemu tengah malam ini (waktu Singapura) tahu apa juga boleh berlaku.



Kededua pasukan ini gagal menyerlah dalam perlawanan pembukaan masing-masing - dengan Croatia tewas di tangan England manakala Sepanyol pula seri 0-0 dengan Sweden.



Sepanyol sekali lagi menunjukkan persembahan hambar apabila seri 1-1 dengan Poland dalam perlawanan kedua Kumpulan E mendorong jurulatih pasukan dan legenda Sepanyol, Luis Enrique, mengkritik pasukannya.



"Kami tidak bermain pada tahap yang diperlukan. Kami kurang intensiti, kurang keyakinan.



"Saya dan para pemain bertanggungjawab membetulkan keadaan," ujarnya selepas perlawanan menentang Poland itu.



Namun, yang terbukti ialah bakat yang dimiliki pasukan Sepanyol ini, menurut bekas kapten Ireland, Roy Keane.



"Ya, mereka tidak segagah pasukan Sepanyol sedekad lalu. Tapi ini tetap sebuah pasukan hebat," ujarnya, yang bertugas sebagai pengulas bagi pertandingan Euro 2020 ini.



Menurut Keane, pasukan pimpinan Enrique itu mempunyai antara pasukan yang paling mantap lebih-lebih di bahagian 'midfield' dengan pemain berpengalaman seperti Thiago, Koke dan Sergio Busquet.



Namun, bagi Keane kegagalan Sepanyol ialah untuk membangunkan tenaga penggempur yang sama kuat.



"Kini, penyerang utama mereka ialah Alvaro Morata. Beliau telah berpindah kelab beberapa kali dalam empat, lima musim lalu setelah meninggalkan Real Madrid; dan tidak pernah menyerlah dalam kelab-kelabnya.



"Dalam pertandingan ini juga, kita boleh lihat pemain yang kurang keyakinan. Beliau mencuba, tapi ketajaman itu terus menerus tidak menyebelahinya," ujarnya.



Lantaran itulah, bekas pemain pertahanan England, Micah Richards, memilih Croatia untuk mara ke pusingan suku akhir, menewaskan Sepanyol malam ini.



"Sepanyol tidak dapat menemui 'form' mereka dalam pertandingan ini kecuali dalam perlawanan akhir kumpulan menentang Slovakia.



"Ya, mereka menang 5-0 tapi Slovakia agak tidak bernasib baik untuk tewas dengan jumlah gol sedemikian," ujar Richards.



Menurut beliau, Croatia adalah sebuah pasukan berpengalaman dan tidak pernah nampak tertekan dalam situasi-situasi berintensiti tinggi.



Pemain seperti Mateo Kovacic, Luka Modric, Ivan Perisic dan Andrej Kramaric cukup berpengalaman dan adalah apa yang disifatkan sebagai "pemain untuk perlawanan-perlawanan penting."



"Apabila Croatia memerlukan, pemain-pemain ini akan menyahut cabaran. Itulah ciri-ciri pemain bertaraf dunia.



"Mereka memiliki pengalaman dan bakat untuk membawa pasukan ke peringkat seterusnya.



"Croatia memiliki pemain-pemain seperti ini," ujarnya.



Pengurus Croatia, Zlatko Dalic, berkata beliau tidak pernah menyangsi para pemainnya, meskipun setelah tewas 0-1 di tangan England dalam perlawanan pembukaan.



"Kami menghormati setiap lawan kami, namun kami juga sedar kami mempunyai kekuatan tertentu yang dapat membantu kami dalam pertandingan ini," ujarnya. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >