Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
3

Sambutan gah temasya jubli

Jun 06, 2015 | 05:30 AM

SELEPAS 22 tahun menghilang, Singapura meraikan ketibaan Sukan SEA edisi ke-28 ini - yang diuar-uarkan sebagai temasya sukan "istimewa sekali" sempena sambutan Jubli Emas Singapura (SG50) - dengan satu upacara pembukaan yang penuh istimewa lagi gilang-gemilang di Stadium Negara malam tadi.

Lebih 7,000 atlit dan pegawai, di samping lebih 40,000 penonton yang termasuk Presiden Tony Tan Keng Yam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan tokoh pemimpin serantau - serta jutaan lain yang menyaksikannya secara langsung di alam maya atau televisyen - disajikan satu persembahan berbilang media yang penuh warna-warni, sekali gus menjadikan majlis pembukaan temasya sukan dwitahunan ini antara yang paling istimewa, tentunya melebihi kehebatan temasya yang dianjurkan Singapura tiga kali sebelum ini pada 1973, 1983 dan 1993.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3