Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Sao Paulo akan terus jadi hos Grand Prix hingga 2025

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



PARIS: Ketua Formula Satu (F1) semalam mengesahkan bahawa litar Interlagos akan terus menjadi tuan rumah untuk sukan itu di Brazil sehingga 2025.



Sebelum ini, kota Rio de Janeiro berminat untuk menganjurkan perlumbaan itu namun usaha mereka untuk membina litar baru mendapat tentangan pencinta alam sekitar yang membantah pembinaan litar baru kerana akan menyebabkan kerosakan alam sekitar.



"Kami dengan senang hati mengumumkan bahawa bandar Sao Paulo akan terus menganjurkan Grand Prix Brazil sehingga 2025 dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan penganjur baru pada tahun akan datang," kata Ketua Pegawai Eksekutif F1 Chase Carey.



"Brazil adalah pasaran yang sangat penting untuk F1 kerana mempunyai peminat setia dan sejarah dalam sukan ini.



"Perlumbaan di Brazil sentiasa menjadi tumpuan peminat, pelumba dan rakan kongsi kami dan kami berharap dapat memberi perlumbaan yang menarik kepada peminat F1 di Interlagos pada tahun depan dan selama lima tahun akan datang.



Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton antara individu yang menentang pembinaan litar di Rio.



Interlagos menjadi tuan rumah untuk perlumbaan di Brazil sejak 1990.



Ia akan dipanggil Grand Prix Sao Paulo bermula 2021 dibawah perjanjian baru sehingga 2025. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >