NURUL Asyiqah Mohd Taha bukan orang yang suka mengalah, malah mencabar dirinya mencapai kejayaan di peringkat tertingi - Sukan Paralimpik Brazil pada 2016 dalam acara boccia.
Ini walaupun beliau membesar di atas kerusi roda akibat mengalami atrofi otot tulang belakang - sejenis kelumpuhan sejak lahir yang menyebabkan kerosakan dan kelemahan otot.